Rancangan TV ‘Don’t Swallow’ Ini Jadi Kegilaan Di Jepun
Negara Jepun sememangnya terkenal dengan benda-benda pelik daripada fesyen mereka sehinggalah kepada produk dan budaya mereka.

Sebuah rancangan televisyen terbaru yang dikenali sebagai Don’t Swallow ini menjadi tarikan terbaru rakyat dari negara matahari terbit itu.
Sekiranya diterjamahkan ke dalam Bahasa Melayu, nama rancangan ini yang bermaksud ‘Jangan Telan’ boleh mendatangkan prasangka yang buruk, namun jangan salah faham, rancangan televisyen ini sebenarnya bukanlah dikhaskan untuk tontonan orang dewasa, tetapi ianya merupakan sebuah rancangan televisyen yang paling kelakar yang pernah kami tonton selain daripada Istana Takeshi.
